HINO 200 MALAYSIA || LORI KELUARAN TERBARU 2023 HINO MALAYSIA || MODEL GDY231R
Apakah sebenarnya Hino 200? Dalam laman sosial dan internet banyak tersebar mengenai Hino 200 ini. Tetapi tidak ada penerangan atau jawapan yang selanjutnya untuk Hino 200 ini.
Hino 200 siri adalah lori 1 tan 4 tayar keluaran terbaru oleh Hino Malaysia pada tahun 2023. Hino 200 ini baharu dilancarkan ke pasaran Malaysia pada bulan Mac 2023. Di bawah Hino 200 siri ini hanya terdapat satu model buat masa sekarang, iaitu model GDY231R.
Lori Hino 200 siri model GDY231R adalah lori 1 tan bersize 4 tayar yang mempunyai BDM 3,600kg. Dia dikeluarkan khas untuk kegunaan yang lebih ringan, tidak sama seperti Hino 300 Pro Siri (model XZU dan XZC), iaitu lori 1 tan atau 3 tan untuk kegunaan yang lebih lasak dan mengangkat muatan yang lebih berat dan banyak.
Model GDY231R ini dengan sengaja direkakan dengan ground clearance, tapak chassis dan cabin depan yang lebih rendah untuk memudahkan kerja pemunggahan naik dan turun barang, serta senang untuk memasuki tempat kerja yang rendah seperti underground basement carpark. Ini selari dengan slogan Hino Malaysia ‘JUST LOW, JUST FIT‘
Enjin Toyota Hilux 2,754cc (1GD-FTV), 4 piston turbocharged diesel adalah nadi utama kepada model Hino GDY231 ini. Kuasa maxima enjin 1GF-FTV pada lori ini telah diselaraskan ke kuasa kuda 144hp@3,400rpm dan tork 300nm@1,200-3,200rpm (flat tork).
Redline/Maxima RPM untuk enjin ini ialah 4,400rpm, serta kelajuan maxima adalah 100km/h.
Model GDY231R ini memakai gearbox model R411, 5 speed manual dan clutch plate yang berdiameter 275mm.
Braking sistem depan utk model GDY231R ini didatangkan dengan disk brake dan brake belakang adalah drum brake. Untuk keselamatan, sistem brake ini telah ditambahkan dengan ABS (Anti lock Brake System) dan VSC (Vehicle Stability Control).
Seperti suspensi Toyota Dyna, sistem suspensi depan untuk Hino 200 model GDY231R ini dipadankan dengan TORSION BAR SUSPENSION. Sistem suspensi ini hanya mempunyai torsion bar, absorber dan stabilizer bar tetapi tidak mempunyai coil spring.
Sistem TORSION BAR SUSPENSION ini bertindak seperti coil spring tetapi dia lebih tahan dan lebih lasak, serta lebih selesa apabila dipandu. Sistem sebegini lebih menjimatkan ruang dan kos pembinaan juga adalah lebih rendah. Spring belakang masih dikekalkan dengan penggunaan leaf spring untuk membawa muatan yang lebih berat.
Ketinggian/lebar tulang chassis Hino 200 ini adalah 6.5 inci di bahagian belakang, manakala chassis bahagian depan telah dikecilkan menjadi 4 inci. Tulang chassis dilengkungkan dan dikecilkan bermula daripada posisi tempat speed gear lori. Pembukaan tulang chassis kiri kanan adalah selebar 31 inci.
Keseluruhan ketinggian cabin depan adalah 78 inci atau 6 kaki 6 inci. Cabin depan Hino 200 GDY231R ini dilengkapkan dengan tempat duduk 3 penumpang, power window, power steering, air cond, Blaupunkt Bluetooth head player, alarm central locking sistem dan juga seat belt.
Rim untuk model GDY231R ini adalah bersize 15 inci dan size tayar adalah 195/75R/15. Rim dan tayar yang bersize kecil digunakan dengan tujuan untuk merendahkan lagi ground clearance untuk lori ini. Rim yang mempunyai 6 nut tayar telah dijadikan pilihan, serta center hub untuk rim belakang adalah 6 nut.
Tidak seperti lori lain, model GDY231R ini hanya memakai sebiji battery 12V sahaja, ini telah membantu utk merendahkan kos penyelenggaraan. Tangki minyak diesel yang berkapasiti 80 liter dipasangkan untuk model GDY231R ini.
Wheelbase (jarak antara roda depan dan belakang) untuk model GDY231R ini adalah 2,545mm dan chassis yang didatangkan daripada Kilang Hino Malaysia adalah berukuran 10 kaki panjang. Chassis ini sesuai untuk pemasangan body kayu, body canvas serta body box.
Boleh dikatakan bahawa Hino 200 siri model GDY231R ini tidak mempunyai persaingan yang secara langsung, kerana tidak ada syarikat pembuatan lori lain yang mengeluarkan lori yang sama kelas dengannya. Iaitu mempunyai kapasiti enjin yang kecil, cabin & ground clearance yang rendah, bahagian depan memakai torsion bar suspensi (bertindak seperti coil spring) untuk pemanduan yang lebih selesa. Dan yang utamanya ialah harga yang lebih rendah berbanding dengan lori 1 tan daripada Jenama Jepun yang lain.
Pertanyaan lebih lanjut atau berminat untuk pembelian lori Hino 200 siri model GDY200R ini boleh hubungi 017-9382088 (Chris).